Samsung hari ini telah pun menerbitkan video pertama sebagai teaser untuk Galaxy Note 8 yang bakal dilancarkan pada penghujung bulan ini. Melalui video teaser ini, Samsung bermain dengan perkataan yang memperlihatkan Galaxy Note 8 akan menawarkan inovasi dan membawa penawaran teknologi yang dianggap sebagai mustahil sebelum ini pada telefon pintar berkenaan.
Samsung juga menggunakan rekaan ikon seumpama Galaxy S8 – menandakan ia akan membawakan rekaan bingkai nipis, atau apa yang Samsung panggil sebagai Infinity Display. Selain itu, ia juga akan hadir dengan S-Pen untuk memudahkan catatan.
Samsung menjadualkan acara pelancaran Galaxy Note 8 pada 23 Ogos kelak.