Samsung Hadir Dengan Sejumlah Iklan Memfokuskan Kepada Pengumuman Apple

Persaingan dalam arena peranti mudah-alih boleh dikatakan agak sengit berbanding beberapa industri lain. Kini, selang sehari selepas pengumuman pihak Apple, Samsung telah hadir dengan beberapa siri video memfokuskan kepada pengumuman tersebut.

Antara perkara yang disentuh adalah termasuk sokongan skrin bersaiz besar, ketiadaan S-Pen, masa bertahan bateri, sokongan multi-tasking, dan juga masalah yang dihadapi ketika Apple membuat penstriman acara tersebut.

Apple sebelum ini telah memperkenalkan iPhone 6 dan juga iPhone 6S yang mana membawakan skrin bersaiz lebih besar, dilengkapi sokongan NFC dan membawakan iOS 8 bersama-sama dengannya.

Iklan yang dikeluarkan oleh Samsung ini dilihat merupakan salah satu pemasaran mereka untuk produk baru mereka, Samsung Galaxy Note 4 yang telah diumumkan pada awal minggu ini.

Jadi, apa kata anda berkenaan dengan iklan ini daripada pihak Samsung?

Nota: