Samsung Gear Blink – Pesaing Google Glass Daripada Samsung Mungkin Hadir Pada Mac 2015

Pada pengenalan Galaxy Note 4, pihak Samsung telah menyertai kategori baru untuk peranti boleh-pakai, iaitu peranti yang dipakai pada kepala. Peranti yang diperkenalkan itu adalah Gear VR, dan memerlukan Galaxy Note 4 untuk beroperasi.

Samsung Gear Blink

Selain daripada itu, pihak Samsung juga dilihat mempunyai perancangan untuk kaca mata pintar mereka tersendiri, dinamakan Samsung Gear Blink. Ia beroperasi lebih kurang seperti Google Glass, dan membawakan rekabentuk lebih bersaiz kecil dan elegan berbanding Gear VR.

Samsung Gear Blink ini dikatakan akan dilengkapi dengan sistem operasi Tizen, serta mungkin akan diperkenalkan bersama-sama dengan Samsung Galaxy S6 kelak. Sebelum ini ia telah dikenali dengan nama Gear Glass, dan mungkin pihak Samsung ingin mengubah panggilannya kepada Gear Blink.

Samsung Gear Blink

Peranti ini juga dijangka akan dilengkapi dengan papan kekunci maya, membolehkan pengguna untuk menaip dengan mudah menggunakannya. Berkemungkinan kita mungkin akan dapat melihat integrasi S-Voice untuk menaip menggunakan input suara.

Seperti biasa, informasi penuh berkaitan dengannya masih samar-samar dan mungkin kita akan mendengar lebih lanjut berkenaan Gear Blink dengan hampirnya bulan Mac 2015 kelak.

Nota: