Samsung Galaxy Tab S Dilancarkan Di Malaysia – Harga Bermula RM1699

Samsung Galaxy Tab S
PemprosesExynos 5 Octa
Skrin8.4-inci dan 10.5-inci
Resolusi2560×1600 pixel
RAM3 GB
Muatan Dalaman16 GB (kad-SD sehingga 128GB)
Kamera8-megapixel
Bateri4900mAh (8.4)
7900mAh (10.5)

Samsung Malaysia hari ini secara rasminya telah melancarkan keluarga tablet terbaru daripada mereka, iaitu Galaxy Tab S. Hadir dalam dua variasi saiz, iaitu pada saiz 10.5-inci dan juga 8.4-inci.

Galaxy Tab S merupakan tablet premium terbaru daripada Samsung, dimana ia membawakan rekaan yang amat nipis dan ringan, disamping turut membawakan bahagian kerangka belakang seumpama Galaxy S5. Galaxy Tab S turut dilengkapi beberapa fungsi khusus, termasuk antaranya adalah pengimbas cap jari, dan beberapa kandungan khusus untuk dinikmati pada tablet berkenaan.

Di Malaysia, versi LTE akan ditawarkan bermula daripada 11 Julai kelak, dimana versi 8.4-inci akan dijual pada harga RM1699, sementara versi 10.5-inci akan dijual pada harga RM1999. Samsung mengatakan tiada perancangan untuk tawaran versi WiFi di Malaysia buat masa ini.

Galaxy Tab S

Galaxy Tab S

Galaxy Tab S

Galaxy Tab S

Galaxy Tab S

Nota: