Samsung Galaxy S8 Dan S8+ Kini Menyokong Google Daydream

Sokongan Google Daydream diumumkan untuk Samsung Galaxy S8 dan S8+ di acara Google I/O Mei yang lalu. Kemaskini menyokong platform VR Google ini mula diterima pengguna di Amerika Syarikat minggu lalu. Bagi pengguna di Malaysia aplikasi Daydream kini sudah boleh dimuat turun hari ini.

Pengumuman sokongan Google Daydream pada dua peranti utama ini diumumkan menerusi laman Google+ rasmi Google VR. Sebelum ini aplikasi ini tidak akan ditemui apabila melakukan carian Play Store. Kepada pengguna Galaxy S8 yang ingin mencuba peranti realiti maya selain Gear VR, kini anda diberikan pilihan menggunakan Daydream.

Muat turun aplikasi Google Daydream dari Play Store

| Artikel penuh

| Muka terdahulu | Tech lain

Nota: