Samsung Galaxy S7 Edge Menerima Anugerah Skrin Terbaik 2017

Teknologi skrin AMOLED mempunyai banyak kelebihan berbanding LCD. Antaranya ialah paparan warna lebih hidup dan penjimatan penggunaan bateri. Ia dipopularkan oleh Samsung dan hanya kini mula digunakan pengeluar lain kerana kos pengeluaran yang semakan murah. Society for Information Display (SID) minggu lalu menganugerahkan skrin melengkung SAMOLED Samsung Galaxy S7 Edge sebagai skrin terbaik 2016.

Ini bukanlah kali pertama Samsung memenangi anugerah ini. Mereka pernah memenanginya sebelum ini pada tahun 2013 dan 2015. Skrin Galaxy S7 Edge ini didapati membawakan inovasi dengan empat bucu yang melengkung sekaligus membuatkannya cantik dilihat dan sedap dipegang.

| Artikel penuh

| Muka terdahulu | Tech lain

Nota: