Samsung Galaxy S5 Membuat Ice Bucket Challenge – Mencabar iPhone 5S, HTC One M8 dan Nokia Lumia 930

Cabaran Ice Bucket Challenge boleh dikatakan agak popular akhir-akhir ini, dimana ia merupakan sebahagian daripada kaedah dalam mengumpulkan dana untuk membantu penyakit ALS. Beberapa selebriti, jenama terkemuka, artis, CEO dan sebagainya telah melakukan, dan kini Samsung Galaxy S5 turut melakukan perkara sama.

Apa pun, daripada laman saluran YouTube mereka, Samsung Galaxy S5 dilihat membuat cabaran tersebut untuk Motor Neurone Disease Association, dan membantu pesakit yang dengan penyakit MND (Motor Neurone Disease).

Seperti biasa, ia boleh dikatakan sebahagian daripada cara promosi pihak Samsung untuk peranti kalis air mereka, disamping pada masa yang sama membuat sumbangan kepada badan kebajikan.

Selepas membuat cabaran berkenaan, Samsung Galaxy S5 mencabar tiga lagi pihak lain, dan mereka menamakan iPhone 5S, HTC One M8, dan juga Nokia Lumia 930. Mungkinkah jenama-jenama ini akan melakukan cabaran sama?

Nota: