Samsung Galaxy Note 8 Akan Dilancarkan 23 Ogos Hadapan

Misteri tarikh pelancaran Samsung Galaxy Note 8 akhirnya terjawab. Sebelum ini DJ Koh, CEO bahagian mobil Samsung mengatakan ia akan dilancarkan akhir Ogos. Jemputan ke majlis Unpacked pada 23 Ogos mula diterima pengamal media dengan imej peranti dilengkapi S-Pen.

Rekaan skrin menyerupai S8 dan ini menguatkan lagi kebarangkalian Note 8 akan dilancarkan. Phablet ini akan dilengkapi sistem dwi-kamera dan skrin yang dipercayai sebesar 6.3″. Bagi mereka yang kecewa dengan Galaxy Note 7, Note 8 ialah peranti yang pasti dinantikan pelancarannya di Ogos ini.

| Artikel penuh

| Muka terdahulu | Tech lain

Nota: