Samsung Galaxy K Zoom Diperkenalkan – Kamera Dengan Sokongan Telefoni

Galaxy K Zoom

Samsung Galaxy K Zoom
Pemproses1.3Ghz Empat Teras dan
1.7Ghz Dwi-Teras
RAM2 GB
Muatan Dalaman8 GB
Kamera20.7MP BSI CMOS
Skrin4.8″ HD Super AMOLED
Bateri2430 mAh

Samsung hari ini secara rasminya telah memperkenalkan satu lagi peranti baru dibawah portfolio mereka, yang mana sekaligus memperlihatkan penamaan keluarga peranti baru. Dinamakan sebagai Galaxy K Zoom, ia dilihat sebagai kamera dengan sokongan telefoni daripada Samsung.

Untuk makluman, pihak Samsung telah memperkenalkan Galaxy S4 Zoom pada tahun lepas, dan mungkin pada tahun ini mereka ingin menggunakan nama keluarga “K” supaya pengguna tidak keliru dengan penggunaan nama keluarga “S” mereka.

Galaxy K Zoom

Samsung mengatakan Galaxy K Zoom merupakan gabungan teknologi pengimejan digital daripada mereka bersama-sama pengalaman penggunaan peranti Galaxy.

Galaxy K Zoom dilihat menyertakan sokongan rakaman gambar yang lebih baik berbanding kebanyakkan telefon pintar di pasaran hari ini. Samsung mengatakan ia turut dilengkapi dengan sistem kawalan teknikal yang digemari para jurugambar profesional.

Galaxy K Zoom dilengkapi dengan lensa yang menawarkan zoom optikal sehingga 10x, dan turut menyertakan sensor 20.7 megapixel BSI CMOS pada bahagian belakang. Samsung mengatakan ia berfungsi dengan baik pada keadaan malap, selain turut menyertakan sokongan OIS (Optical Image Stabilizer) untuk mengurangkan kadar kekaburan gambar ketika bergerak. Sokongan Xenon Flash turut disertakan untuk hasil rakaman gambar yang baik.

Galaxy K Zoom

Beberapa ciri-ciri rakaman pintar turut disertakan pada kamera ini, termasuk antaranya adalah AF/AE Separation (Auto Focus/Auto Exposure Separation), Selfie Alarm, Pro Suggest (yang hadir dengan lima tetapan untuk filter), dan beberapa sokongan tambahan lain.

Seperti Galaxy S5, pihak Samsung turut melengkapkan peranti ini dengan sokongan Ultra Power Saving Mode, serta menggunakan antaramuka TouchWiz padanya. Sebuah aplikasi Studio turut disediakan untuk penyuntingan pantas gambar dan video, selain aplikasi popular S-Health Lite turut disertakan.

Galaxy K Zoom

Nota: