Samsung Galaxy J7 Prime Bakal Hadir Dengan Lebih Memori Dan RAM

Samsung Galaxy J7 Prime

Sejak diperkenalkan dua tahun lalu, Smartphonen dari siri keluarga Samsung Galaxy J antara model yang paling popular dari untuk pasaran pertengahan terutamanya untuk model Samsung Galaxy J7. Ini kerana model tersebut hadir dengan ciri-ciri terbaik walaupun pada harga yang mampu milik. Terbaru, Samsung dijangka akan memperkenalkan variasi kepada model tersebut yang telah ditambah baik terutama pada kapasiti memorinya. Model tersebut dijangka akan diperkenalkan sebagai Samsung Galaxy J7 Prime kelak.

Jika model sebelum ini, Samsung Galaxy J7 2016 hadir dengan skrin 5.5 inci dengan redolusi HD 720P, 16 GB memori dalaman dan 2 GB RAM. Samsung Galaxy J7 Prime pula dijangka hadir dengan 5.5 inci skrin pada resolusi HD 1080P, 32 GB ruang memori serta 3 GB RAM.

Bagi peminat selfie sudah tentunya akan tertarik dengan model baru ini yang dijangka hadir dengan 8 Megapixel kamera Selfie yang telah ditambah baik berbanding model sebelum ini dengan 5 Megapixel sahaja.

Samsung Galaxy J7 Prime

Selebihnya, Samsung Galaxy J7 Prime dijangka memiliki spesifikasi yang sama dengan model asal dengan pemproses Exynos 7870, bateri 3300 mAH dan sebagainya.

Buat masa ini, Samsung masih belum mengeluarkan maklumat rasmi tarikh pelancaran dan harga untuk peranti ini. Namun, menurut sumber ia akan mulakan pasaran di Vietnam tidak lama lagi. Untuk pasaran lain termasuk Malaysia masih belum diketahui.

Sumber : SamMobile

The post Samsung Galaxy J7 Prime Bakal Hadir Dengan Lebih Memori Dan RAM appeared first on Mesra Mobile.

| Artikel @ berita penuh

| Baca semua di BERITA

Nota: