Samsung Galaxy Grand Prime

Budaya menangkap gambar selfie menggunakan telefon pintar semakin menjadi-jadi dan Samsung tidak mahu ketinggalan dalam perlumbaan telefon pintar dengan kamera selfie terbaik.

Samsung Galaxy Grand Prime
Grand Prime-580-90

Laman web Vietnam thegioididong.com telefon pintar Samsung Galaxy Grand Prime dengan kamera selfie 5MP.

Samsung Galaxy Grand Prime

Samsung Galaxy Grand Prime

Sebuah laman web Vietnam thegioididong.com telah mendedahkan kewujudan sebuah telefon pintar Samsung yang menekankan foto selfie dipanggil Samsung Galaxy Grand Prime. Selain mendedahkan gambarnya, laman web ini juga mendedahkan senarai spesifikasi telefon pintar tersebut.

Antara spesifikasinya ialah skrin 5 inci 540 x 960, pemproses quad core 1.2GHz Snapdragon 400 dan 1GB RAM. Telefon pintar tersebut melarikan Android 4.4 dan dikatakan dilengkapi kamera utama 8MP yang boleh merakam video 1080p, tetapi tarikan utama telefon pintar ini ialah kamera selfie hadaman 5MP padanya, menjadikannya lebih hebat dari kebanyakan telefon pintar lain.

Spesifikasi yang lain termasuk ruang storan 8GB, slot kad Micro SD dan bateri dengan kapasiti 2600mAh. Menurut sumber-sumbar laman web itu, ia akan dijual di Vietnam dalam bulan Oktober pada harga kurang 5 juta VND (RM750+/-).

Grand Prime-580-90

Walaubagaimanapun, tidak diketahui bilakah telefon pintar ini akan dijual di negara-negara selain Vietnam. Tapi, apabila ia dilancarkan, ia akan menghadapi persaingan sengait dari telefon pintar dengan kamera selfie lain seperti Nokia Lumia 730 dan Sony Xperia C3.

The post Samsung Galaxy Grand Prime appeared first on TechKini.com.

Nota: