Samsung Galaxy Alpha Diperkenalkan – Membawakan Rekaan Samsung Yang Serba Baru

Samsung hari ini secara rasminya memperkenalkan telefon pintar Samsung Galaxy Alpha – dimana bersama-sama dengannya, mereka memperkenalkan rekaan peranti yang serba-baru. Galaxy Alpha hadir dengan rekaan kompak dengan bingkai berasaskan logam, disamping mengekalkan beberapa ciri-ciri rekaan Samsung yang lain.

Samsung Galaxy Alpha

Samsung Galaxy Alpha hadir dengan skrin bersaiz 4.7-inci dengan resolusi 1280×720 pixel, cip pemprosesan lapan teras (1.8GHz Quad + 1.3GHz Quad), kamera belakang 12-megapixel, kamera hadapan 2.1-megapixel, memori sebanyak 2GB RAM, dan dilengkapi dengan Android 4.4 KitKat.

Fungsi-fungsi popular Samsung turut dikekalkan pada peranti ini termasuk Ultra Power Saving Mode, Download Booster, beberapa fungsi rakaman gambar, selain turut dilengkapi dengan sokongan NFC.

Apa pun, peranti ini dilihat hanya membawakan bateri berkapasiti 1860mAh, dan tidak menyertakan sebarang slot mikro-SD.

Samsung Galaxy Alpha

Samsung Galaxy Alpha

Samsung Galaxy Alpha

Galaxy Alpha akan ditawarkan bermula bulan September kelak, dan ditawarkan dalam pilihan warna hitam, putih, emas, perak dan juga biru.

Pengenalan peranti Galaxy Alpha ini dilihat lebih kepada memfokuskan penggunaan rekaan baru, yang mana mungkin akan turut diimplementasikan pada beberapa peranti Samsung yang lain selepas ini.

Jadi, apa kata anda berkenaan rekaan baru peranti Samsung ini?

Nota: