Samsung Galaxy A5 Bocor

Samsung telah mengambil inisiatif untuk menambahbaik rekabentuk dan buatan telefon pintarnya dengan meneyertakan elemen logam kedalamnya. Ini terbukti dengan pelancaran Samsung Galaxy Alpha dan Note 4. Namun, ada laporan mengatakan ia akan melancarkan sebuah lagi peranti sedemikian dinamakan Samsung Galaxy A5.

Samsung Galaxy A5 2-578-80

Samsung Galaxy A5 Bocor

Laman web SamMobile mendakwa Samsung sedang membangunkan sebuah telefon pintar dinamakan Samsung Galaxy A5 yang tidak diperbuat dari plastik mahupun logam, tetapi menurutnya, bahagian badannya mempunyai “rasa sejuk” apabila dipegang. Entah apa pula maksudnya dengan kenyataan tersebut.

SamMobile mendakwa telefon pintar itu diperbuat daripada bahan unik yang memberikannya rasa premium di samping merendahkan kos bahan. Tidak diketahui apakah bahan ini, namun daripada gambar yang disertakan, ia mempunyai beberapa komponen logam yang memberikannya penampilan yang premium.

Gambar itu juga menunjukkan ia ditampilkan dalam warna putih dengan bahagian tepi yang rata  seakan iPhone 5 berbanding kebiasaan telefon pintar Samsung yang mempunyai bahagian tepi yang lebih melengkung.

Samsung Galaxy A5-580-90

Dari segi spesifikasinya pula, kelihatan ia sebuah peranti tahap pertengahan dengan skrin 5 inci HD Super AMOLED. Ia dikatakan dilengkapi pemproses Snapdragon 400, sebuah pemproses generasi sebelum ini yang menguasakan telefon pintar seperti HTC One Mini.

Ia juga dikatakan mempunyai kamera utama 13MP, kamera hadapan 5MP, 16GB ruang storan, bateri 2,330mAh dan versi terkini antaramuka TouchWiz yang digunakan pada Galaxy Note 4.

Walaupun tidak banyak maklumat lagi yang diketahui, kami merasakan ini bukan kali terakhir kita akan mendengar mengenainya. Tentu lebih banyak maklumat akan dibocorkan di masa akan datang.

The post Samsung Galaxy A5 Bocor appeared first on TechKini.com.

Nota: