Samsung Dilihat Menguji Antaramuka Baru – Mungkin Hadir Dengan Kemaskini TouchWiz?

Samsung sedia dikenali ramai dengan antaramuka TouchWiz untuk Android. Kini, daripada perkongsian pihak @evleaks, ia kelihatan gergasi dari Korea Selatan berkenaan sedang menguji rekabentuk antaramuka yang baru untuk telefon pintar.

Samsung UI Baru

Daripada apa yang dikongsikan, ia dilihat perubahan hadir dari segi penggunaan jenis tulisan, disamping perubahan pada ikon. Halaman utama juga hadir dengan beberapa widget yang memaparkan kedudukan semasa rakan-rakan, berita dan sebagainya.

Antaramuka ini tertiris hari ini, beberapa jam selepas pihak Samsung mengumumkan Magazine UX untuk tablet baru mereka.

Ia tidak diketahui lagi sama ada pihak Samsung akan mengimplementasikannya pada telefon pintar mereka ataupun sebaliknya. Apa pun, memandangkan mereka telah menguji rekabentuk antaramuka baru, mungkin kita akan dapat melihat sesuatu yang menarik daripada Samsung tidak lama lagi.

Nota: