Samsung Dilihat Mengesahkan Galaxy S3 Tidak Akan Menerima KitKat

Android 4.4 KitKat merupakan versi Android terkini daripada Google, yang mana menyertakan beberapa pembaharuan termasuk beberapa kemaskini dari segi antaramuka Android. Beberapa peranti daripada Samsung sedia menggunakannya, termasuk pelbagai peranti baru yang dilancarkan tahun ini.

Apa pun, bercakap mengenai kemaskini, ia kini dikatakan Samsung tidak akan mengeluarkan kemaskini Android 4.4 KitKat untuk pengguna Galaxy S3 versi antarabangsa.

Galaxy S3 hadir dengan memori sebanyak 1GB RAM, dan ia dikatakan tidak begitu sesuai untuk menjalankan Android 4.4 KitKat. Perkara ini mungkin kerana TouchWiz memerlukan beberapa penggunaan memori tambahan, dan mungkin juga hasil akhir kepada pengguna tidak begitu baik berbanding versi sedia ada.

Jadi, bagi anda yang menggunakan Galaxy S3, mungkin anda perlu melihat kepada beberapa alternatif lain, termasuk beralih ke peranti baru ataupun menggunakan ROM berbeza pada peranti anda untuk menikmati fungsi KitKat.

Nota: