Samsung Dilaporkan Kehilangan Pegangan Pasaran Di Rantau Asia Tenggara

Samsung merupakan pengeluar telefon pintar terbesar didunia, dan memegang tangga pertama jikalau dibandingkan dengan pelbagai pengeluar lain termasuk Apple. Apa pun, pada tahun ini mereka dilihat menerima persaingan hebat daripada beberapa pengeluar sekaligus membuatkan mereka kehilangan pegangan pasaran.

Pegangan Pasaran Samsung

Mengikut laporan yang dikongsikan oleh WSJ, Samsung pada tahun 2013 yang lepas memegang pasaran sebanyak 35%, tetapi telah berubah kepada hanya 18% pada tahun ini. Apa pun, boleh dikatakan mereka masih memegang pasaran tertinggi di Malaysia buat masa ini.

Dari segi pasaran tempatan, Ninetology dilihat terus mengukuhkan kedudukan mereka dan mempunyai 7% pegangan di Malaysia.

Beberapa jenama lain yang turut mendapat perhatian ramai pengguna tempatan adalah jenama Lenovo, Oppo, Xiaomi, Asus dan beberapa yang lain.

Secara kasarnya, harga menjadi fokus utama dalam pembelian peranti, selain daripada penggunaan spesifikasi dan juga saiz skrin yang dibawakan oleh sesuatu telefon pintar. Sokongan dwi-SIM juga turut menjadi salah satu fokus utama ketika pembelian peranti di rantau ini.

Walaupun dari segi penggunaan telefon pintar mereka kehilangan pegangan pasaran, namun pada pasaran tablet, mereka dilihat terus mengukuhkan kedudukan dan memperluaskan pasaran mereka. Apa pun, Samsung seperti biasa, tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan dengan pegangan pasaran mereka buat masa ini.

Nota: