Samsung Curved UHD TV Dilancarkan Di Malaysia – Berharga RM21999

Samsung Malaysia hari ini telah melancarkan siri televisyen terbaru mereka, dimana melaluinya membawakan televisyen dengan skrin melengkung buat pertama kali untuk pasaran Malaysia.

Samsung Curved UHD TV

Sebelum ini, Samsung telah memperkenalkan siri televisyen dengan skrin melengkung ini pada acara CES di Januari. Menggunakannya, Samsung mengatakan ia menawarkan sudut tontonan yang lebih luas, selain menawarkan paparan gambar yang jelas berbanding televisyen biasa.

Televisyen ini juga turut menyokong paparan UHD, yang mana membawakan paparan empat kali ganda lebih jelas berbanding paparan HD biasa. Televisyen ini turut hadir dengan algoritma terbina yang membolehkan gambar resolusi rendah dioptimasikan untuk paparan skrin berkenaan.

Samsung turut melengkapkan televisyen ini dengan pelbagai ciri-ciri televisyen pintar mereka yang lain – termasuk SmartHub yang diperbaharui.

Di Malaysia, Samsung Curved UHD TV bersaiz 65-inci ini akan dijual pada harga RM21999 bermula penghujung bulan ini.

Nota: