Samsung Bakal Menawarkan Tiga Pilihan Warna Baru Untuk Galaxy Tab 3 Lite

Pada awal 2014, Samsung telah sedia memperkenalkan Galaxy Tab 3 Lite yang merupakan peranti tablet bajet daripada Samsung. Kini dilihat Samsung telah menambah lagi pilihan warna bagi Galaxy Tab 3 Lite.

Sebelum ini, Samsung telah menawarkan Galaxy Tab 3 Lite dengan pilihan warna hitam dan putih dan kini pihak Samsung dilihat bakal menawarkan warna tambahan untuknya seperti Peach Pink, Blue Green, dan Lemon Yellow untuk peranti tablet ini.

Galaxy Tab 3 Lite Warna Baru

Samsung Galaxy Tab 3 Lite membawakan skrin sebesar 7-inci, pemprosesan dwi-teras 1.2GHz, 1GB RAM, memori dalaman sebesar 8GB, peningkatan storan tambahan microSD sehingga 32GB, dan menjalankan Android 4.2 Jelly Bean. Peranti ini juga turut membawakan kamera sebesar 2-megapiksel padanya selain didatangkan dengan kapasiti bateri sebesar 3600 mAh.

Galaxy Tab 3 Lite dilihat telah mula dijual di pasaran tempatan dengan harga RM599 dan tarikh bilakah variasi warna baru ini bakal hadir masih tidak diketahui setakat ini.

Nota: