Salji Gunung Everest Runtuh – 9 Maut 5 Masih Hilang

Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena

Salji Gunung Everest Runtuh – 9 Maut 5 Masih Hilang | Bencana demi bencana menimpa dunia ketika ini. Bertalu-talu. Inilah peringatan daripada Allah kepada kita yang lupa kepada Nya. Terbaru salji di Gunung Everest dikatakan runtuh telah menyebabkan 9 orang disahkan terbunuh manakala 5 lagi masih belum ditemui. Walau bagaimanapun 7 lagi telah berjaya diselamatkan. Ikuti berita penuh.

KATHMANDU: Sembilan pemandu pendaki (Sherpa) warga Nepal disahkan terbunuh manakala lima lagi masih hilang akibat runtuhan salji di Gunung Everest, awal pagi ini.

Ia dianggap kejadian paling buruk menimpa puncak tertinggi di dunia itu.

“Kami sudah menerima sembilan mayat dan menyelamatkan tujuh yang lain,” kata jurucakap Kementerian Pelancongan Nepal, Mohan Krishna Sapkota.

“Lima orang masih hilang,” kata Sapkota dengan menambah jumlah mereka yang terbabit dijangka bertambah kerana masih terperangkap dalam timbunan salji.

Runtuhan salji berlaku jam 6.45 pagi waktu tempatan di ketinggian 5,800 meter di kawasan yang dikenali sebagai “padang bertih jagung’ yang menghala kawasan terjunan ais Khumbu.

Pakar pendaki berpangkalan di Kathmandu, Elizabeth Hawley, menyifattkan tragesi runtuhan berkenaan membawa korban paling ramai dalam sejarah pendakian puncak Himalaya itu dalam era moden.

Pada 1996, lapan orang daripada dua pasukan ekspedisi pendakian terbunuh di Everest.
Lebih 300 orang terbunuh di Everest sejak pendaki pertama sampai di puncaknya oleh Sir Edmund Hillary dan Tenzing Norgay pada tahun 1953. – AFP

Sumber

UPDATE TERKINI – Disahkan setakat ini sekurang-kurangnya 11 pemandu pendaki maut dalam runtuhan salji Gunung Everest dan dikatakan 3 lagi mayat bakal dibawa ke khemah induk – BH

Incoming search terms:

If you enjoyed this post, you should read this: safecss

Salji Gunung Everest Runtuh – 9 Maut 5 Masih Hilang
Dr Fuh

Nota: