Sailfish OS Dilihat Dijalankan Pada Nexus 4

Peranti Nexus sering dipilih pembangun untuk mencuba sesuatu yang baru. Selain Canonical yang menyediakan fail pemasangan Ubuntu Touch untuk Nexus, kini dilihat seorang pembangun memperlihatkan Sailfish OS dijalankan pada Nexus 4.

Sailfish OS merupakan evolusi daripada MeeGo, dan kini dibangunkan oleh syarikat Jolla. Mereka sedia menawarkan telefon pintar tersendiri, selain mana fail pemasangannya turut ditawarkan untuk peranti Nokia N9.

Buat masa ini, tiada sebarang fail pemasangan yang ditawarkan untuk pengguna umum. Namun, sekiranya ia stabil dan pembangunnya mengeluarkan fail dan cara pemasangan untuk peranti Nexus, tidak mustahil untuk pembangun lain meneruskannya dan memperkenalkan ia kepada peranti Android yang lain.

Nota: