Sabah Umum Perintah Berkurung Susulan Kes Culik

Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena

Sabah Umum Perintah Berkurung Susulan Kes Culik | Siang tadi dilaporkan seorang pengurus syarikat ternakan ikan dalam sangkar telah diculik sekumpulan lima lelaki bersenjata di Pulau Baik.

Susulan kejadian penculikan oleh kumpulan bersenjata di Sabah, satu perintah berkurung di kawasan tertentu telah dikeluarkan oleh kerajaan negeri tersebut.

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman mengumumkan perkara berkenaan selepas mempengerusikan mesyuarat tergempar Jawatankuasa Keselamatan Negeri Sabah (JKNN) hari ini.

Musa berkata, tidak ada pergerakan dibenarkan di kawasan perintah berkurung dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) akan meneliti secara mendalam pelaksanaan ini.

“Melaksanakan Curfew Area di kawasan berisiko di mana tidak ada pergerakan dibenarkan dan PDRM akan meneliti secara mendalam pelaksanaan ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain perintah berkurung, kerajaan Sabah juga menubuhkan kawasan kawalan yang menghadkan kemasukan mengikut masa, tempat dan keadaan tertentu.

“Tindakan drastik akan diambil dengan melaksanakan Control Area iaitu menghadkan kemasukan mengikut masa, tempat dan keadaan.

“Sesiapa yang memasuki kawasan kawalan perlu mendapat kebenaran dan permit daripada PDRM,” katanya.

Kerajaan Sabah akan melaksanakan sembilan langkah utama untuk memastikan meningkatkan kawalan keselamatan di negeri tersebut.

  • Tindakan drastik akan diambil dengan melaksanakan Control Area iaitu menghadkan kemasukan mengikut masa, tempat dan keadaan. Sesiapa yang memasuki kawasan kawalan perlu mendapat kebenaran dan permit daripada PDRM. PDRM akan memberi perincian mengenai pelaksanaan Kawasan Kawalan ini.
  • Mewujudkan pangkalan hadapan atau Forward Base  di kawasan strategik untuk memantau keselamatan perairan Sabah.
  • Melaksanakan Kawasan Perintah Berkurung di kawasan berisiko di mana tidak ada pergerakan dibenarkan dan PDRM akan meneliti secara mendalam pelaksanaan ini.
  • Langkah jangka pendek, sederhana dan panjang akan dilaksanakan termasuklah membuat penyesuaian kepada organisasi, perjawatan dan pengisian pegawai dan anggota ESSCOM, mewujudkan radar berkeupayaan tinggi.
  • Meningkatkan keupayaan pasukan-pasukan keselamatan khususnya dari segi logistik seperti jumlah bot laju (Speed Boat) berkeupayaan tinggi di kawasan berisiko tinggi.
  • Mengukuhkan pelaksanaan gerak saraf dan  perang saraf untuk mewujudkan kesedaran dalam kalangan rakyat untuk menjadi barisan pertahanan di ESSCOM.
  • Memperbaiki segera saluran dan Standard Operating Procedure (SOP) komunikasi ESSCOM supaya maklumat segera  disalurkan dengan pantas kepada semua agensi keselamatan di lapangan.
  • Menguatkuasakan Designated Route dengan segera di kawasan-kawasan yang berisiko di mana pergerakan bot dan kapal mesti mengikut laluan yang dibenarkan sahaja.
  • Meningkatkan keupayaan logistik seperti mewujudkan sokongan logistik melalui konsep kapal induk untuk menjadi hab atau pelantar bagi pengisian minyak oleh bot laju tanpa perlu balik ke daratan yang mengambil masa dan kos.

Sumber

Incoming search terms:

If you enjoyed this post, you should read this: Sabah Umum Perintah Berkurung Susulan Kes Culik

Sabah Umum Perintah Berkurung Susulan Kes Culik
Dr Fuh

Nota: