Rockstar Menerbitkan Grand Theft Auto : San Andreas Untuk Windows 8.1

Selepas memperkenalkan permainan GTA San Andreas untuk peranti mudah-alih iOS, Android dan Windows Phone, hari ini pihak Rockstar turut menerbitkan ia di Windows Store, membolehkan pengguna memainkan permainan tersebut di tablet dan peranti Windows 8.1.

GTA San Andreas

Berbeza dengan versi PC biasa, dengan menerbitkan ia di Windows Store, permainan ini sekaligus boleh dimainkan pada tablet yang menjalankan Windows RT. Menurut Rockstar mereka turut membawakan sokongan alat-kawalan dual-analog-stick untuk permainan yang diterbitkan semula ini.

Selain daripada itu, grafik untuk permainan ini turut dikemaskini dan dioptimasikan untuk paparan peranti mudah-alih.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan permainan ini dari Windows Store pada harga RM21.99 hari ini.

Mungkinkah kelak kita akan dapat melihat lebih banyak permainan diterbitkan di Windows Store?

Nota: