Rekaan Serta Spesifikasi Google Pixel Dan Pixel XL Tertiris Sepenuhnya

Acara khas Google untuk pelancaran Google Pixel dan Pixel XL akan berlangsung pada 4 Oktober ini. Tetapi rekaan peranti dan spesifkasi peranti ini sudahpun tertiris sepenuhnya. Kita mulakan dahulu dengan Pixel XL. Ia dilengkapi skrin 5″ HD penuh AMOLED, diperkasakan pemproses Snapdragon 821, RAM sebesar 4 Gigabyte dan storan 32/128 Gigabyte. Kemampuan optik pula ialah kamera utama 12.3-Megapixel f/2.0 OIS  dan kamera selfie 8 -Megapixel. Bateri yang disertakan pula sebesar 2770 mAh dengan pengecasan pantas QuickCharge 3.0.

Untuk Pixel XL pula Ia dilengkapi skrin 5.5″ QHD AMOLED, diperkasakan pemproses Snapdragon 821, RAM sebesar 4 Gigabyte dan storan 32/128 Gigabyte. Kemampuan optik pula ialah kamera utama 12.3-Megapixel f/2.0 OIS  dan kamera selfie 8 -Megapixel. Bateri yang disertakan pula sebesar 3450 mAh dengan pengecasan pantas QuickCharge 3.0.

Kedua-duanya menggunakan Android 7.1 dengan port pengecasan USB-C.  Seperti keluarga Nexus, Pixel tidak menyokong penambahan storan menggunakan kad MikroSD.  Aksesori Live Case turut diperlihatkan. Buat masa ini satu-satunya misteri yang masih belum terungkai ialah harga rasmi. Ini akan diketahui selepas peranti dilancarkan awal pagi rabu ini.

google-pixel-leak-3

google-pixel-leak-2

| Artikel penuh | Tech lain


Widget not in any sidebars

Nota: