Realiti yang menggembirakan

Mutakhir

apendy@hmetro.com.my

Cameron Highlands: Perdana Menteri gembira apabila projek penempatan semula masyarakat Orang Asli Kampung Sungai Ruil, di sini, dapat disiapkan.

Datuk Seri Najib Razak berkata, susulan tragedi tanah runtuh pada 7 Ogos 2011 itu, kerajaan meluluskan peruntukan untuk membina penempatan baru bagi penduduk kampung berkenaan.

“Kerajaan meluluskan dalam belanjawan yang saya bentangkan pada 2012 sejumlah peruntukan RM50 juta untuk bangunkan perkampungan Orang Asli yang moden lagi selesa dengan segala kemudahan yang diperlukan.

“Kini, kita dapat menyaksikan bahawa apa yang kita luluskan itu menjadi realiti.

“Saya berasa amat gembira apabila semua keluarga yang terbabit dalam tragedi itu kini hidup dalam rumah moden yang cukup sempurna dan dapat menempa masa depan yang lebih menyakinkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membuat lawatan ke Penempatan Semula Perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, di sini, hari ini.

Dalam lawatan itu, Najib turut berkesempatan bertemu dengan penduduk, Mohd Riduan Jafar, 35, yang kehilangan enam ahli keluarga akibat tragedi tanah runtuh itu.

Tragedi lima tahun lalu itu meragut tujuh nyawa dan dua cedera selain turut ‘melenyapkan’ Kampung Sungai Ruil.

Ini berikutan semua penduduk terpaksa dipindahkan berikutan kawasan perkampungan itu tidak lagi selamat dan terdedah kepada risiko tanah runtuh.

Image: 
Muhammad Apendy Issahak

Cameron Highlands: Perdana Menteri gembira apabila projek penempatan semula masyarakat Orang Asli Kampung Sungai Ruil, di sini, dapat disiapkan.

| Artikel @ berita penuh



Widget not in any sidebars


| Lagi di INSPIRASI | BERITA | TECH | BLOG

Nota: