Rasmi : Amazon Mengambil-Alih Twitch

Akhirnya, selepas pelbagai spekulasi berkaitan pengambil-alihan Twitch, hari ini pihak Amazon telah mengumumkan yang mana mereka akan mengambil-alih Twitch pada harga $970 juta.

Twitch

Bagi yang tidak mengenali akan Twitch, ia merupakan salah satu platform video langsung yang memfokuskan kepada para gamers, dimana menggunakannya pelbagai perkara disiarkan termasuk sesuatu permainan daripada pemain lain, persidangan, dan sebagainya. Pada bulan Julai lepas sahaja, ia mempunyai lebih daripada 55 juta pengguna unik, yang menonton lebih 15 bilion minit di Twitch.

Twitch akan kekal beroperasi seperti biasa, dimana pelbagai perkara akan dikekalkan. Dengan bantuan Amazon, Twitch dijangka akan mempunyai lebih banyak sumber untuk terus mengembangkan perkhidmatan mereka lagi.

Selain daripada sokongan platform video yang hadir dengan pembelian Twitch, ia turut dilihat yang mana pengambil-alihan ini terus memperluaskan portfolio pihak Amazon dalam arena permainan video. Sebelum ini mereka pernah hadir dengan sebuah studio pembangunan permainan video khusus, disamping turut menawarkan sebuah alat-kawalan khusus dengan Amazon FireTV. Disamping itu, pengguna Twitch juga mempunyai cara interaksi yang berbeza, dan pihak Amazon mungkin dapat akses pemasaran kepada pengguna tersebut kelak seperti mana yang mereka memasarkan produk pada perkhidmatan IMDB dan sebagainya.

Nota: