Rakuten Akan Mengambil-Alih Viber Pada Harga $900 Juta

Nampaknya, arena permesejan dunia akan terus meriah, dimana hari ini syarikat gergasi Jepun, Rakuten mengumumkan yang mana mereka akan mengambil-alih syarikat permesejan dan VoIP popular, Viber pada harga $900 juta (~RM2985.75 juta).

Seperti semua sedia maklum, Viber sebelum ini telah ditawarkan pada pelbagai platform, termasuk baru-baru ini memperluaskan tawaran panggilan ke talian tetap di Malaysia serta memperkenalkan aplikasi untuk Windows 8.

Pengambil-alihan Viber oleh syarikat Rakuten ini bakal membuatkan persaingan antara aplikasi permesejan di Asia terus meriah. Viber dilaporkan mempunyai lebih kurang 300 juta pengguna di seluruh dunia.

Rakuten sebelum ini telah mengambil-alih Viki, iaitu salah satu perkhidmatan video, dan penambahan Viber ini bakal terus menambah portfolio baru dibawah gergasi Jepun tersebut.

Nota: