QuizUp – Permainan Trivia Menarik Untuk Pengguna iOS

Terdapat beberapa permainan berbentu trivia yang terdapat di AppStore hari ini. Salah satu yang menarik dan hangat diperkatakan sejak sebulan yang lepas ini adalah QuizUp.

QuizUp

QuizUp menyertakan sokongan Facebook atau emel biasa untuk pendaftaran, dimana sebaik sahaja selesai mendaftar, pengguna boleh memilih beberapa topik yang digemari mereka. Seterusnya, pengguna boleh memainkan permainan tersebut dan mengikuti ratusan ribu trivia yang disediakan melalui permainan tersebut.

Menariknya pada permainan ini adalah dimana pengguna turut boleh mengajak untuk bersaing dengan rakan-rakan anda (menggunakan akaun Facebook), dimana anda boleh bersaing untuk mendapatkan markah tertinggi. Pengguna juga boleh membuat pilihan untuk bersaing dengan pengguna lain secara rawak.

QuizUp hanya ditawarkan untuk iOS buat masa ini, dan versi Android dikatakan akan hadir tidak lama lagi.

Muat-Turun QuizUp untuk iOS

Nota: