Qualcomm Secara Rasmi Memfailkan Aduan Kepada ITC Bagi Menghalang Import iPhone Ke Amerika Syarikat

Perang dingin diantara Apple dan Qualcomm kini menjadi lebih serius. Pihak Qualcomm secara rasmi memfailkan aduan kepada Suruhanjaya Perdagangan Antarabangsa (ITC) bagi menghalang import masuk iPhone ke Amerika Syarikat. Sebab yang diberikan ialah Apple dituduh menggunakan enam paten milik Qualcomm tanpa membayar royalti yang sewajarnya.

Keenam-enam paten adalah berkaitan sistem yang memastikan hayat penggunaan bateri yang bertahan lama pada iPhone. Percanggahan di antara kedua-dua syarikat bermula selepas Apple menfailkan saman keatas Qualcomm kerana dikatakan meminta bayaran royalti yang terlalu tinggi. Qualcomm membalas dengan turut memfailkan saman ke atas Apple dan juga pengilang iPad serta iPhone.

| Artikel penuh

| Muka terdahulu | Tech lain

Nota: