Qualcomm Memperlihatkan Penambah-Baikkan Kamera Yang Dibawakan Melalui Snapdragon 805

Qualcomm SnapdragonQualcomm sedia mengumumkan cip pemprosesan Snapdraon 805 beberapa minggu yang lepas, dimana membawakan beberapa penambah-baikkan dan kemaskini melaluinya.

Salah satu perkara yang akan disertakan adalah lebih pengoptimasian untuk kamera. Melalui beberapa video yang diterbitkan oleh Qualcomm hari ini melalui saluran YouTube, mereka memperlihatkan beberapa sokongan kamera melaluinya, termasuk OptiZoom, Chroma Flash dan juga Action Shot.

Semestinya, terdapat beberapa peranti yang membawakan fungsi tersebut pada hari ini. Namun, dengan sokongan pengoptimasian pada tahap pemprosesan, maka ia akan menghasilkan gambar yang lebih baik berbanding tanpanya.

Apa pun, sama-sama kita nantikan peranti yang akan menyertakan cip Snapdragon 805 di pasaran tidak lama lagi.

Nota: