Qualcomm Memperkenalkan Snapdragon 805 – Hadir Dengan Sokongan 4K

QualcommSnapdragon 800 di pasaran hari ini boleh dikatakan antara cip pemprosesan berkuasa di pasaran hari ini. Namun, ia masih meneruskan evolusinya, dan hari ini Qualcomm memperkenalkan cip pemprosesan baru mereka, Snapdragon 805.

Snapdragon 805 disasarkan untuk peranti mudah-alih seperti tablet, telefon pintar dan sebagainya, yang mana membawakan kualiti gambar, video serta grafik yang amat baik.

Cip pemprosesan Snapdragon 805 turut menyertakan Adreno 420 GPU yang membawakan kuasa grafik lebih 40% berbanding Snapdragon 800 sebelum ini. Qualcomm turut mengatakan ia merupakan cip pemprosesan pertama yang menawarkan sokongan UltraHD pada tahap sistem, menawarkan rakaman dan memainkan video 4k pada peranti mudah-alih.

Dengan pengenalan cip pemprosesan ini, kita mungkin akan dapat melihat telefon pintar, tablet dan pelbagai peranti lain yang menggunakannya hadir ke pasaran tidak lama lagi.

Nota: