Qantas Mengarahkan Penumpang Supaya Tidak Menggunakan Note 7 Di Dalam Pesawat Mereka

Masalah bateri Galaxy Note 7 sedang diselesaikan oleh Samsung. Proses tukar ganti untuk pengguna di Malaysia akan hanya dilakukan pada 29 September hadapan. Sementara itu pengguna dinasihatkan supaya berhenti menggunakan phabet milik mereka atas sebab keselamatan. Dianggarkan 70% Note 7 di pasaran terdedah kepada bahaya meletup kerana menggunakan bateri keluaran Samsung SDI yang bermasalah.

Qantas menjadi syarikat penerbangan pertama di dunia yang memberikan amaran penggunaan Note 7 di dalam pesawat mereka. Kenyataan rasmi dikeluarkan oleh mereka yang mengalang penggunaan dan pengecasan peranti di dalam pesawat. Letupan dari bateri mungkin kecil tetapi sekiranya berlaku di dalam pesawat di udara pastinya akan mendatangkan panik kepada penumpang lain. Sekali lagi kami menasihatkan pengguna Note 7 yang membaca Amanz supaya merehatkan peranti mereka sementara menanti tarikh gantian.

| Artikel penuh | Tech lain


Widget not in any sidebars

Nota: