Pusat Inovasi Dan Kreativiti Malaysia (MaGIC) Dilancarkan Secara Rasmi

MaGICDalam usaha untuk melahirkan usahawan yang berjaya dalam era teknologi masa kini, inisiatif MaGIC telah dimulakan, dimana mereka telah mengumumkan ketua eksekutifnya baru-baru ini. Hari ini, ia secara rasminya dilancarkan oleh Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama bersama-sama dengan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak.

MaGIC (Malaysian Global Innovation & Creativity Centre) yang ditempatkan di Cyberjaya ini direkabentuk dalam usaha untuk meramaikan lagi usahawan tempatan, sekaligus menjadi pusat sehenti untuk membantu mereka dalam pelbagai sumber, termasuk dari segi dana, inkubator dan sebagainya. MaGIC juga turut akan menawarkan perkhidmatan mentor dan khidmat nasihat bagi mereka yang memerlukannya.

Bercakap ketika pelancarannya hari ini, Obama menekankan yang mana anak muda memainkan peranan yang penting dalam membangunkan ekonomi sesebuah negara, dan MagGIC merupakan salah satu langkah yang baik untuknya.

Untuk usaha ini, sebanyak RM50 juta telah disediakan untuk membantu dari segi latihan, mentor dan sebagainya, disamping tambahan RM20 juta untuk pembangunan perusahaan sosial.

Pada masa yang sama, MaGIC juga akan berkolaborasi bersama-sama beberapa institusi pendidikan di Amerika Syarikat, sekaligus membolehkan para usahawan tempatan untuk memperluaskan rangkaian mereka ke seluruh dunia.

Nota: