Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena
Pulau di Senegal Terbentuk Dari Jutaan Cengkerang Kerang | Sebuah pulau biasanya mempunyai elemen yang dominan pada geografi , begitu pun dengan pulau yang satu ini . Pulau di Senegal ini mempunyai elemen unik iaitu pulau ini diliputi cengkerang lautan.
Pulau unik tersebut terletak di hujung garis pantai Petite Cote . Di sana terdapat kehidupan kampung nelayan yang jauh dari bandar bernama Joal – Fadiouth . Joal berada di pulau utama sedangkan Fadiouth di seberangnya yang dihubungkan dengan jambatan kayu sepanjang 400 meter .
Keunikannya adalah seluruh bahagian Fadiouth benar – benar diperbuat daripada cengkerang . Di seluruh pulau kelihatan dengan jelas bekas cengkerang kerang , terhampar di jalanan hingga menjadi perhiasan rumah penduduk . Bahkan Fadiouth terkenal dengan kubur yang juga diperbuat daripada cengkerang kerang .
Selama lebih dari 100 tahun penduduk Fadiouth menangkap kerang dan mengambil dagingnya . Maka cengkerangnya yang sudah tak terpakai dibuang hingga terkumpul membentuk sebuah pulau tersendiri . Longgokkan cengkerang kerang selama beratus-ratus tahun itu dijalin dengan akar pokok bakau hingga menjadi stabil .
If you enjoyed this post, you should read this: Adegan Tarik Rambut & Cekik Ibu Sendiri Kerana Mahu Mainan
Pulau di Senegal Terbentuk Dari Jutaan Cengkerang Kerang
Emas Putih