Projektor Laser Epson EB-L25000U 25,000 Lumens Dilancarkan Di Asia Tenggara

Epson dikenali ramai sebagai pengeluar peranti percetakan dan juga projektor yang kerap digunakan baik didalam kelas, syarikat, dan juga kegunaan luar pejabat. Beberapa bulan lalu mereka telah melancarkan projektor resolusi tinggi iaitu EB-L25000U 25,000-Lumen projektor laser 3LCD dan pada hari ini mereka mengumumkan kesediaan projektor ini untuk pasaran rantau Asia Tenggara.

Projektor laser merupakan suatu projektor yang berlainan dengan projektor yang menggunakan lampu, dimana projektor yang menggunakan lampu memerlukan masa sebelum mengoperasikannya, manakala projektor laser boleh terus digunakan. Projektor laser juga berupaya untuk meningkatkan kadar contrast sehingga 2,500,000:1.

epson-eb-l25000u-img_3724

Antara kebolehan lain pada projektor ini termasuklah ia boleh dipancarkan pada apa-apa sudut. Jika sesetengah projektor memerlukan ia diletakkan pada paksi dan tapak tertentu, projektor ini boleh diletakkan dalam apa sahaja sudut dan paksi, seperti contoh meletakkannya secara menegak kerana kekurangan ruang. Projektor ini juga mempunyai kamera terbina bagi melakukan tetapan tambahan secara automatik, seperti tetapan White Balance.

Selain dari itu projektor terkini dari Epson ini juga turut mampu untuk memancarkan paparan beresolusi 4K. Ini sekaligus membuatkan projektor ini juga bersedia untuk kandungan 4K yang dijangka makin popular dalam masa yang mendatang. Ia juga mampu untuk memancarkan kandungan HD setinggi WUXGA (1920×1200).

 epson-eb-l25000u-img_3718epson-eb-l25000u-img_3717epson-eb-l25000u-img_3713

Dari segi tempoh jangka-hayat projektor ini, ia dijangka boleh beroperasi selama 20,000 jam sebelum tahap pencahayaan projektor ini berkurangan. Bagi memberikan lebih nilai, Epson turut menawarkan jaminan 3 tahun atau 20,000 jam, bergantung pada salah satu faktor yang dicapai terlebih dahulu.

Buat masa ini, tiada sebarang harga diumumkan buat projektor ini namun memandangkan ia lebih ditujukan kepada perniagaan besar, mungkin anda perlu menghubungi Epson secara terus menerusi wakil tempatan mereka.

| Artikel penuh | Tech lain


Widget not in any sidebars

Nota: