Project Ara Melangkah Setapak Kehadapan – Motorola Dan 3D Systems Bekerjasama

Motorola sebelum ini telah mengumumkan yang mana mereka akan hadir dengan telefon pintar modular tersendiri dinamakan sebagai Project Ara. Konsep yang dipopularkan oleh Phonebloks ini kini dilihat melangkah setapak lagi kehadapan dengan Motorola yang mengumumkan kerjasama dengan pihak 3D Systems baru-baru ini.

3D Systems dilihat akan membantu dalam hadir dengan peralatan untuk menerbitkan modul-modul yang diperlukan seperti bateri dan pelbagai komponen yang diperlukan.

Seperti biasa, kerjasama ini akan diteruskan sekiranya 3D Systems dapat memenuhi kehendak Motorola, dan sekiranya ia berjaya maka Project Ara akan terus mengorak langkah setapak kehadapan lagi untuk direalisasikan.

Project Ara

Dengan Project Ara, ia akan membolehkan pengguna untuk memilih pelbagai modul berbeza dan menggunakannya sebagai telefon pintar mereka. Perkara ini dijangka akan mengurangkan pembaziran, disamping pada masa yang sama menjimatkan wang pengguna daripada perlu memiliki peranti baru dari tahun ke tahun.

Apa pun, sama-sama kita nantikan bagaimanakah perkembangan Project Ara ini.

Nota: