Prisma Untuk Android Kini Boleh Digunakan Tanpa Talian Internet

Prisma merupakan salah satu aplikasi yang memberikan kesan penuras menarik pada gambar pengguna, dan menerima pelbagai maklumbalas positif sejak ia diperkenalkan. Namun, salah satu perkara yang tidak digemari ramai adalah kerana ia memerlukan akses internet untuk beroperasi.

Hal ini adalah kerana Prisma menggunakan sokongan pembelajaran mesin dalam memberikan kesan penuras yang baik kepada gambar pengguna. Perkara ini kini akhirnya diatasi oleh Prisma melalui versi terkini, dan ia boleh beroperasi pada peranti pengguna sendiri tanpa memerlukan akses internet.

Memandangkan kini kesan penuras dilakukan atas peranti pengguna, maka pembelajaran mesin dikuasakan oleh kuasa cip pemprosesan pada telefon pintar. Ini secara kasar mungkin membuatkan pemprosesan yang dilakukan pada peranti berspesifikasi rendah sedikit lambat berbanding peranti berspesifikasi tinggi.

Untuk beroperasi secara luar-talian juga, pengguna perlu menggunakan kesan penuras berkenaan, dan ia akan menyimpan terus data pemprosesan pada peranti pengguna untuk digunakan secara offline pada gambar-gambar seterusnya.

Buat masa ini, Prisma secara offline hanya disokong pada peranti Android 5.0 dan terkini. Ia bakal dilanjutkan untuk peranti Android 4.4 tidak lama lagi.

Muat-Turun Prisma untuk Android

| Artikel penuh | Tech lain


Widget not in any sidebars

Nota: