PowerPole – Monopod Merangkap Power Bank

Power bank kini keperluan kerana kapasiti bateri peranti pintar anda tidak berkembang sepantas kelajuan pemproses peranti. Monopod pula semakin popular kerana di zaman serba moden ini meminta pertolongan individu lain untuk mengambil gambar ada adalah terlalu arus perdana. Gabungkan kedua-dua produk popular ini dan anda akan mendapat PowerPole. PowerPole ialah monopod yang direka khas untuk camera GoPro dengan bateri terbina bersaiz 5400 mAh. Terdapat dua port USB di pada hujung monopod ini dan apabila digabungkan dengan sebuah GoPro dapat memanjangkan hayat kamera tahan lasak ini sebanyak 5 kali ganda. Monopod ini direka khas bagi penggemar sukan lasak yang mahukan hayat yang lebih panjang buat kamera GoPro mereka dan pada masa yang sama tidak mahu membawa power bank tambahan. Setiap PowerPole dijual pada harga RM418 sebatang.

gopro_powerpole_battery_mount-4

 

Nota: