Pokemon GO Disaman Di India Kerana Didakwa Menghina Kesucian Kuil

Demam Pokemon GO kini semakin pulih. Jumlah pemain aktif semakin menurun dan situasi yang sama berlaku di Malaysia. Kekurangan fungsi menarik dan kemas kini yang menjadikannya lebih menyerupai permainan Pokemon tradisional ialah faktor mengapa ia semakin kurang dimainkan. Sungguhpun begitu kontroversi permainan haiwan maya ini masih belum berakhir di India.

Di Gujarat, Niantic Inc disaman oleh Alay Anil Dave , seorang individu kerana didakwa menghina kesucian kuil agama Hindu dan Jain. Penganut kedua-dua agama ini mengamalkan kehidupan vegitarian dan tidak memakan telur. Kewujudan telur Pokemon pada kuil-kuil yang menjadi Pokestop pada pandangan beliau adalah tindakan kurang ajar dan tidak sensitif. Oleh itu saman yang difailkan diharap akan membuka pintu untuk Pokemon GO diharamkan terus dari India.

Kontroversi menghina rumah ibadah ini turut berlaku di Malaysia. Tetapi tiada pula saman difailkan kerana ramai menyedari aplikasi ini hanyalah permainan bermusim yang berkurangan kepopularannya dalam masa terdekat. Tindakan menyaman hanya membuang masa sahaja. Masih adakah di kalangan pembaca Amanz yang masih tekun bermain Pokemon Go?

| Artikel penuh | Tech lain


Widget not in any sidebars

Nota: