PlayStation Now Membolehkan Anda Strim Permainan Ke PS4, PS3, Vita, Televisyen Dan Telefon

Selain perkongsian mengenai angka jualan terkini untuk konsol PlayStation 4, pihak Sony turut memperkenalkan sebuah perkhidmatan baru dinamakan sebagai PlayStation Now.

Ia ditujukan untuk para pengguna konsol PlayStation 4, PlayStation 3, PS Vita, tablet, telefon pintar, dan beberapa televisyen Sony Bravia terpilih.

PlayStation Now

Seperti semua sedia maklum, perkhidmatan ini adalah hasil daripada pengambil-alihan Gaikai oleh Sony sebelum ini.

Ia akan ditawarkan dalam bentuk langganan, dan ujian betanya dijangka akan dimulakan pada bulan ini. Pengguna boleh menyewa sesuatu permainan atau melanggan perkhidmatan tersebut dan menikmati pelbagai jenis permainan yang ditawarkan melaluinya.

Pengenalan untuk pengguna umum mungkin akan mengambil masa beberapa bulan selepas ujian beta ini. Mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenai bayaran dan sebagainya ketika pengenalan umum kelak.

Nota: