PlayStation 4 Dengan Rekaan Nipis Kini Lebih Murah – Berharga RM1349

Sony telah memperkenalkan PlayStation 4 generasi baru dengan rekaan yang lebih nipis, selain membawakan pengoptimasian pada penggunaan tenaga pada awal pagi ini, dan kini berkongsi lanjut mengenainya, Sony mengatakan ia akan ke pasaran tempatan tidak lama lagi.

Bercakap mengenai PlayStation 4 baru ini, ia membawakan rekaan bersaiz lebih 30% kecil berbanding sebelum ini, dan menggunakan kurang 28% tenaga berbanding sebelum ini. PlayStation 4 baru ini akan menggantikan penawaran PlayStation sedia ada di pasaran.

Buat masa ini, Malaysia masih tidak disenaraikan untuk tarikh 15 September ini. Negara terdekat kita, Singapura akan menerimanya pada 17 September kelak. Di Malaysia, PlayStation 4 ini akan dijual pada harga lebih rendah berbanding sebelum ini, iaitu hanya RM1349.

| Artikel penuh | Tech lain


Widget not in any sidebars

Nota: