PlayStation 4 Berwarna Putih Akan Ditawarkan Di Malaysia Bermula 9 September

Pada E3 2014 yang lepas, pihak Sony telah memperkenalkan konsol permainan PlayStation 4 mereka berwarna putih, dinamakan sebagai Glacier White. Menariknya, konsol permainan tersebut dilihat akan turut memasuki pasaran tempatan pada tarikh pelancaran antarabangsa – iaitu pada 9 September 2014.

PS4 Putih

Konsol ini akan dijual secara berasingan pada harga RM1799. Apa pun, bagi anda yang turut ingin mendapatkan pakej bersama langganan 12-bulan PS Plus dan juga permainan Destiny, pakej tersebut akan dijual pada haga RM1959.

PS4 Putih

Pendaftaran minat untuk PlayStation 4 berwarna putih ini dijangka akan dimulakan melalui pengedar rasmi Sony bermula 1 Ogos ini.

Jadi, adakah anda akan mendapatkan konsol PlayStation4 berwarna putih ini?

Nota: