Play Magazines Dan Currents Digabung Menjadi Satu – Google Play Newsstand

Google Currents merupakan salah satu perkhidmatan daripada Google seumpama Flipboard, membolehkan pengguna untuk mengikuti pelbagai laman web dan blog yang dilanggan mereka melaluinya. Hari ini, ia dilihat Google menyatukannya bersama-sama aplikasi Play Magazines, dan menamakannya sebagai Google Play Newsstand.

Google Play Newsstand

Berbeza dengan Google Currents, Play Magazines masih belum dilancarkan untuk pengguna tempatan buat masa ini. Google Play Magazines membolehkan pengguna untuk membuat pembelian majalah digital melaluinya.

Dengan menyatukan kedua-duanya, kini Google Play Newsstand memudahkan pengguna dalam mengikuti perkembangan semasa harian mereka daripada berita ke majalah dalam satu aplikasi mudah. Perkara ini juga sekaligus membolehkan pengguna untuk menguruskan pembacaan mereka pada satu aplikasi sahaja berbanding sebelum ini.

Buat masa ini, aplikasi Currents kami masih belum menerima sebarang kemaskini untuknya, sementara aplikasi Google Play Magazine pula tidak boleh dimuat-turun untuk pengguna tempatan. Bagi mereka yang berminat, mungkin boleh memuat-turun fail APK untuknya, dan mencubanya sendiri pada peranti anda.

Muat-Turun Fail APK Google NewsStand (Pautan dari AndroidPolice)

Nota: