Platform Realiti-Maya Google, Daydream Dijangka Dilancarkan Dalam Beberapa Minggu

Google pada Google I/O yang lepas telah mengumumkan platform khusus realiti-maya mereka tersendiri yang dipanggil sebagai Daydream. Kini, selari dengan pengenalan Android 7.0 Nougat semalam, Google dijangka akan memperkenalkan platform Daydream mereka ini dalam beberapa minggu lagi.

Daydream merupakan platform realiti-maya daripada Google yang menyediakan kemudahan perisian bagi pengguna mengakses pelbagai aplikasi, video, permainan dan kandungan realiti-maya. Ia hadir melalui Android 7.0 Nougat dan memerlukan sokongan spesifikasi khusus untuk menjalankannya. Sebelum ini, ketika pengenalan Asus Zenfone 3 Deluxe di Malaysia, Asus telah mengumumkan peranti mereka akan menyokong Daydream ini.

Daydream

Google sendiri dalam menjayakan platform ini dilihat telah mula menyediakan inisiatif mengalakkan penerbit kandungan – termasuk membelanjakan sejumlah wang dalam membangunkan kandungan permainan dan juga video untuk diterbitkan pada Daydream. Sejumlah aplikasi juga dilihat telah mula dipersiapkan dengan sokongan realiti-maya, termasuk seperti YouTube dan beberapa yang lain.

Tiada sebarang tarikh diumumkan buat masa ini, tetapi melalui laporan Bloomberg, Google dijangka memperkenalkannya dalam beberapa minggu lagi.


| Artikel @ berita penuh

| Baca semua di BERITA

Nota: