PlaceQuran Ingin Memudahkan Anda Berkongsi Imej Ayat Al-Quran

Sekiranya anda kerap berkongsi ayat Al-Quran di laman-laman internet, salah satu perkara yang mungkin menimbulkan masalah adalah apabila anda ingin berkongsi ayat tersebut tanpa menghadapi masalah huruf yang tunggang-langgang. Kadang-kala apabila anda ingin meletakkan ayat Quran tersebut pada dokumen tertentu, masalah yang sama juga berlaku dan Placequran ingin memudahkan anda dalam berkongsi ayat suci Al-Quran baik di laman web mahupun pada dokumen anda melalui format imej.

Perkongsian ayat Al-Quran melalui Placequran adalah mudah dan boleh dilakukan dengan menaip http://placequran.com/{surah}/{nombor ayat}/{terjemahan}. Seperti contoh, Surah Al-Iqra, surah ke 96, ayat 1-5, dengan terjemahan Bahasa Melayu boleh dikongsi dengan menggunakan kod <img src="http://placequran.com/96/1-5/ar,ms" /> dan imej dibawah akan dijana.

Pengguna juga boleh berkongsi ayat Al-Quran dan terjemahannya dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu (kod ‘ms’), Bahasa Inggeris (kod ‘en’) dan Bahasa Indonesia (kod ‘in’) malah boleh menyertakan kesemuanya seperti penggunaan kod ini:Klik – <img src="http://placequran.com/96/1-5/ar,ms,en,in" /> . Sekiranya pengguna hanya menaip kod URL (contoh : http://placequran.com/96/1-5/ar,ms ) maka paparan pelayar pengguna akan menghasilkan imej yang dipinta.

Untuk info lanjut serta dokumentasi penggunaan Placequran, anda boleh melawat laman web rasmi mereka atau menghubungi pengaturcaranya @FaizShuDin

Dokumentasi Projek Placequran

Nota: