Pinterest Mengambil-Alih Instapaper – Aplikasi Untuk Menyimpan Artikel Untuk Dibaca

Instapaper merupakan salah satu aplikasi yang membolehkan para pengguna menyimpan artikel daripada web. Seterusnya, pengguna boleh membaca ia pada kemudian hari tanpa sebarang gangguan dengan mudah.

Secara kasar, Instapaper boleh dikatakan sebagai salah satu pesaing terdekat untuk Pocket – satu lagi aplikasi dengan fokus yang lebih kurang sama.

Instapaper

Hari ini, pihak Pinterest yang terkenal dengan perkhidmatan “penanda buku” untuk menyimpan URL, gambar dan sebagainya telah mengumumkan mereka akan mengambil-alih Instapaper.

Melalui pengambil-alihan ini, pasukan disebalik Instapaper akan menyertai Pinterest dan membantu dalam membangunkan platform berkenaan dalam menjadikannya mesra untuk menyimpan artikel.

Sementara itu, pihak Instapaper turut mengatakan aplikasi sedia ada mereka akan beroperasi seperti biasa walaupun telah diambil-alih oleh Pinterest.

Tiada sebarang harga pengambil-alihan yang diumumkan oleh kedua-dua pihak.


| Artikel @ berita penuh

| Baca semua di BERITA

Nota: