Pinterest Menambah Sokongan Permesejan Pada Aplikasi Mudah-Alih

Pinterest merupakan salah satu perkhidmatan yang memudahkan anda menyimpan gambar, pautan dan sebagainya dalam bentuk yang dipanggil “Pin”. Perkhidmatan sosial tersebut boleh dikatakan mempunyai peminat dan penggunanya tersendiri, disamping telah turut hadir dalam pilihan bahasa Malaysia baru-baru ini.

Pinterest Message

Terkini, dalam menjadikan interaksi antara pengguna lebih aktif, Pinterest turut menambah sokongan permesejan pada aplikasi Android dan iOS mereka.

Menggunakan sokongan tersebut, pengguna boleh menghantar dan menerima Pin daripada rakan-rakan, disamping turut berinteraksi dan berbual mengenainya. Pengguna juga turut boleh memulakan perbualan dengan menghantar sesuatu Pin itu kepada lebih daripada seorang (secara berkumpulan).

Bagi anda yang menggunakan perkhidmatan Pinterest, boleh mengemaskini aplikasi anda hari ini dan menggunakan fungsi yang dibawakan ini.

Nota: