rnorain@hmetro.com.my
Raub: Dua beradik yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dong maut selepas motosikal ditunggang merempuh belakang kiri treler di Kilometer 339, Jalan Kuala Lumpur-Kota Bharu berhampiran Sekolah Kebangsaan Al Jabar, Dong, petang tadi.
Dalam kejadian 2.43 petang itu, Mohamed Zulfikri Mohd Zul, 16, dan adiknya, Nurul Syakirah Mohd Zul, 14, meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang Superintendan Mohd Noor Yusof Ali berkata, sebelum kejadian dua beradik itu dalam perjalanan pulang ke rumah dari sekolah.
“Sebaik tiba di tempat kejadian, Mohamed Zulfikri yang menunggang motosikal jenis SYM Sport Bonus itu dipercayai cuba memotong dari sebelah kiri sebuah treler yang berada di hadapannya.
“Bagaimanapun motosikalnya secara tiba-tiba hilang kawalan dan merempuh bahagian kiri treler sebelum kedua-dua terjatuh dan digilis tayar belakang treler berkenaan menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian,” katanya.
Katanya, ketika kejadian kedua-dua kenderaan itu bergerak secara perlahan kerana lalu lintas ketika itu agak sibuk.
“Pemandu treler berkenaan tidak cedera dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1)Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Raub: Dua beradik yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dong maut selepas motosikal ditunggang merempuh belakang kiri treler di Kilometer 339, Jalan Kuala Lumpur-Kota Bharu berhampiran Sekolah Kebangsaan Al Jabar, Dong, petang tadi.





Widget not in any sidebars