Permainan Dan Watak Baru Angry Birds Akan Datang Tidak Lama Lagi

Dengan kepopularan Flappy Bird akhir-akhir ini, ada yang mungkin terlupa berkenaan satu lagi permainan memfokuskan watak burung, iaitu Angry Birds. Melalui perkongsian di Twitter baru-baru ini, pihak Rovio dilihat akan memperkenalkan permainan baru tidak lama lagi.

Angry Birds Baru

Rovio menggunakan hashtag #NewAngryBirds dalam gambar yang dikongsikan, selain mana dilihat akan menyertakan watak burung baru dan juga tahap permainan baru melaluinya.

Akhir-akhir ini, permainan Angry Birds boleh dikatakan kurang diperkatakan ramai, dan versi akhir yang diperkenalkan adalah permainan berbentuk perlumbaan dinamakan sebagai Angry Birds Go!.

Mungkinkah permainan Angry Birds baru ini bakal membuatkan ramai “ketagih” seperti permainan asalnya sebelum ini?

Nota: