Perkhidmatan iGoogle Ditamatkan Sepenuhnya

Perkhidmatan iGoogle Ditamatkan SepenuhnyaGoogle sebelum ini telah memberikan notifikasi kepada para pengguna perkhidmatan iGoogle, dan hari ini ia telah dihentikan sepenuhnya. Semua pengguna yang mengakses halaman iGoogle kini dibawa terus ke halaman Google utama.

Bagi yang tidak mengenali akan iGoogle, ia merupakan salah satu halaman sehenti yang disediakan oleh Google untuk memudahkan pengguna untuk mengikuti pelbagai kemaskini seperti daripada emel, permainan dan juga kemaskini RSS dan berita.

Dengan era telefon pintar dan tablet, sokongan tersebut semakin kurang digunakan – kerana ramai yang mengikuti perkembangan tersebut melalui skrin telefon pintar mereka. Pada masa yang sama, terdapat beberapa alternatif seperti melalui sokongan notifikasi Chrome, ataupun melalui beberapa pilihan halaman tab baru untuk pelayar web pengguna.

Perkhidmatan iGoogle sendiri boleh dikatakan telah kurang digunakan ramai. Berbanding pengumuman penamatan Google Reader sebelum ini, penghentian iGoogle dilihat tidak menerima sebarang tentangan daripada pengguna perkhidmatan tersebut.

Nota: