Perisian Pemindahan Data Dari Windows XP Akan Ditawarkan Microsoft Pada Minggu Ini

Dengan bulan April yang semakin hampir, salah satu perkara yang hangat dibincangkan adalah penamatan sokongan Windows XP oleh Microsoft. Kini, hari ini pihak Microsoft memperkenalkan sebuah perisian ringkas dalam memudahkan pengguna untuk memindahkan data dari Windows XP ke komputer Windows yang baru dengan mudah.

PCmover Express

Perisian baru yang dinamakan sebagai PCmover Express untuk Windows XP ini dibawakan oleh Microsoft hasil kerjasama dengan pihak Laplink.

Menggunakan perisian tersebut, ia menyalin pelbagai data, fail dan juga tetapan komputer Windows XP anda ke komputer baru yang menjalankan Windows 7, Windows 8 ataupun Windows 8.1. Perkara ini sekaligus memudahkan pengguna yang takut akan kehilangan data untuk memindahkan pelbagai data mereka dengan mudah.

Perisian ini bakal ditawarkan untuk dimuat-turun dalam beberapa hari lagi di laman WindowsXP.com.

Pihak Microsoft turut mengatakan yang mana sebuah notifikasi akan mula diperlihatkan kepada pengguna Windows XP Home & Professional bermula 8 Mac ini yang menyatakan sokongan Windows XP akan tamat pada 8 April kelak.

Nota: